Thursday, November 11, 2010

impian seorang anak

aku berbual dengan ayah di telefon. meminta izin untuk ke kedah membantu mangsa banjir. kalau aku di sini pun hanya goyang kaki. lebih baik aku pergi. tambahan pula hati makin sarat dengan mainan perasaan. lebih baik aku menyibukkan diri. aku bertanya siapa yang meninggal dunia kerana tengah hari tadi aku berbual dengan ayah. namun tidak bisa berbicara panjang. katanya sedang mengorek liang lahad. ayah menceritakan si polan dan si polan yang meninggal. tiba-tiba dia menceritakan tentang dirinya.

" hari ni ada dua orang meninggal. yang gali lahad cuma empat orang. jadi satu lahad dua orang gali. masa ayah gali sampai dalam paras lutut ayah rasa lain macam. ayah duduk kejap. lepas tu kawan ayah tarik naik atas tebing lahad. depa kata muka ayah dah lain. nasib baik depa tarik cepat. kalau tak jadi tiga liang lahad la hari ni. lepas tu ayah tido jap kat koridor masjid. hari tu pun jadi macam tu jugak. masa kenduri rumah mak yah. ayah tangkap ayam lepas tu mak yah cakap muka ayah dah lain sangat. ayah nak pi check kat doktor la esok. rasanya tekanan darah rendah kot"

masa tu Tuhan je yang tau perasaan aku. air mata dah bergenang tapi aku tetap kawal suara aku. aku pesan macam-macam. ayah jangan kerja kuat. tak payah la wat kerja berat-berat macam tu lagi. makan sayur banyak-banyak. makan buah banyak-banyak. macam aku pesan tapi aku sendiri sedar. ayah kerja kuat untuk aku!

sumpah aku rasa bersalah sangat. sekarang cuma ada seringgit dalam tangan tapi aku tak berani nak mintak duit lagi kat ayah. mak selalu pesan jangan duit habis langsung baru nak mintak duit. ayah bukan boleh masuk duit time tu jugak. tapi macam mana aku nak mintak duit? benda yang paling susah nak cakap kat family ialah aku dah takda duit kat sini. tiap kali aku mintak duit, muka ayah terbayang-bayang kat mata aku. aku rasa bersalah sangat kat ayah sebab mintak duit kat dia.

aku penah tengok ayah sakit terlentang depan mata aku sendiri. benda tu jadi masa aku form 3 tapi aku ingat sampai sekarang. aku taknak ayah sakit lagi. ayah la orang yang paling aku sayang dalam dunia ni. aku lagi rapat dengan ayah berbanding mak aku. takda orang yang boleh ganti ayah aku. aku pernah tengok ayah menangis depan aku. air mata ayah cuma tumpah depan mata aku. aku taknak ayah menangis kerana aku!

apa yang aku rasa sekarang, aku nak cepat-cepat habis belajar. aku nak kerja tinggi-tinggi. aku nak gaji yang tingi-tinggi. aku taknak ayah kerja lagi. biar la ayah cuma ulang alik ke masjid ja. tolong kafankan jenazah bila ada kematian sebab itu memang minat ayah. aku nak cari duit banyak-banyak. aku nak bagi family aku senang. biar mak ayah aku tak dipandang rendah lagi hanya kerana harta dunia. biar la orang nak cakap aku materialistik sebab gila duit asalkan aku mampu buat family aku happy. 22 tahun aku hidup mendengar segala umpatan dan kejian terhadap keluarga aku hanya kerana harta dunia. biar kali ni aku buka mata mereka semua. aku mampu hantar mak ayah aku pergi haji dengan duit aku sendiri. aku mampu bawa family aku pergi holiday luar negara. aku nak belikan ayah kereta idaman dia. aku nak bagi apa saja yang mak aku impikan selama ni. aku nak bahagiakan mak ayah aku!

seorang teman mengatakan aku banyak menyimpan cerita. ini kali pertama aku bersuara tentang family aku. kerana aku dah tak sanggup simpan semua ni. aku ketawa depan teman-teman. aku tahan air mata depan mereka kerana bagi aku, watak yang perlu aku pertontonkan adalah senyuman dan gurau tawa yang mampu membuatkan orang lain happy. segala duka dan air mata aku biar aku simpan tapi akhirnya blog bisu ini juga menjadi pendengar. dan malam ini benar-benar menguji aku. air mata tak henti mengalir. wajah ayah terbayang di mata.

ayah... cek sayang ayah. ayah jangan sakit lagi na..? ayah...

Tuesday, October 19, 2010

bila diusik kenangan

dah lama aku tak berjiwang di sini ahahha tiap kali nak berjiwang mesti aku kat sini kan? bukan apa.. tak semua orang boleh terima aku jiwang so aku luahkan kat sini. kalau tak nak baca leh skip je entri ni. aku tak kesah...

dah lama nama dia tak muncul dalam kotak fikiran aku. apatah lagi dalam mimpi-mimpi aku. tapi pagi ni tiba-tiba nama dia muncul dan... aku rindukan dia... terus tangan aku mula menggunakan kemudahan google dengan sebaiknya. aku taip namanya di ruang pencarian google dan enter~ seperti biasa, tiada wajah yang ku cari. ni bukan kali pertama aku buat camni. bila aku rindu dia je aku mula google nama dia. ahahahah pathetic kan? tapi sekurang-kurangnya dapat surutkan sikit rasa rindu aku kat dia. lain orang lain cara kan?

siapa dia? ahahahah cinta pertama indah untuk dikenang pahit untuk ditelan. dia insan pertama yang buat aku menangis. kenapa aku cakap macam tu? aku dulu tak sama dengan aku sekarang. dulu bagi aku cinta tu untuk orang jiwang je. aku jiwa brutal. aku lebih selesa mandi sungai, panjat bukit, lastik burung dengan budak-budak laki. main anak patung mainan memang tak tersenarai dalam alam kanak-kanak aku. kalau main pondok-pondok pun aku jadi ayah. tu pun boleh kira berapa lama aku lepak ngan budak-budak pompuan. sampai la aku form 3. aku minat sorang mamat kelas sebelah. dalam brutal tu boleh juga aku terberkenan kat dia. masa tu aku dah kembali sikit ke fitrah asal pasal aku dok hostel. so jadi la feminin sikit. kawan aku yang satu dorm ni minat kat mamat kelas sebelah tu jugak. ditulisnya surat kat mamat tu tapi guna nama aku! sumpah sampai sekarang aku ingat lagi apa mamat tu cakap depan kawan-kawan dia. " dah la pendek, hitam pulak tu". Tuhan je tau perasaan aku masa tu. sejak tu aku tekad. lelaki semua pandang rupa! aku benci lelaki! aku potong rambut pendek. lagi pendek dari rambut kawan-kawan sekolah aku. siap bergel lagi. kadang-kadang aku pakai cap. masa tu short memang dah jadi pakaian favorite aku. tambah pula aku selalu balik rumah makcik. so parents aku tak tau aku dah berubah macam tu. tiap lelaki yang cuba dekati, aku tak layan langsung.

tapi semua tu berubah lepas aku kenal dia. aku pun dah lupa macam mana aku kenal dia. yang pasti hp adalah penghubung kami. lepas PMR aku dapat hp. aku cuma layan-layan biasa je tapi start form 4 kami mula selalu sms or call. rasa sayang berputik hanya melalui panggilan dan sms. dia lebih gemar memanggil aku dengan nama 'anis'. katanya lebih lembut. dia mengajar aku baju kurung tu cantik. rambut panjang itu manis. dan cinta itu indah. masa form 5 dia lamar aku jadi awek dia. tapi aku cakap tunggu lepas SPM. dan aku janji kat dia aku akan apply UPM supaya dekat dengan dia. tapi takdir tak siapa tahu kan? aku ingin menguji akhirnya aku yang teruji. antara sahabat dan cinta. aku kuburkan cinta demi sahabat. akhirnya aku yang sakit. aku boleh terima apa yang berlaku antara kami tak tak perlulah menunjuk-nunjuk kau memperoleh hak orang lain. bergayut di telefon dan buka loud speaker supaya seisi dorm boleh mendengar. baca sms kuat-kuat supaya seisi dorm tahu korang berhubung. aku tak pernah menangis kerana lelaki tapi air mata aku tumpah dan menjadi terlalu murah selepas tu. waktu mandi adalah saat yang aku nantikan. aku boleh menangis tanpa siapa pun tahu. hati aku sakit kerana impian aku dicantas tapi aku menangis kerana yang mencantas itu adalah orang yang aku kenal sejak darjah satu!

apa yang berlaku biar berlalu. tapi dia tetap lelaki istimewa yang pernah hadir dalam hidup aku. kerana dia aku menjadi aku yang sekarang. tiap kali aku nampak sampul surat berwarna biru, anak kucing dan mendengar lagu mungkin nanti, bila rindu dan cinta seorang teman. dia akan kembali ke sisi aku. cuma aku tak mampu tunaikan harapannya supaya aku sambung study di UPM. biar kenangan itu aku kuburkan di dasar hati dan kadangkala aku belai sebagai kenangan. aku sudah berhenti berharap untuk bersamanya sejak penghujung 2007 kerana satu ayat dari dia. cuma kadangkala dia hadir mengisi ruang kenangan. dan berita dia mencari aku tempoh hari membuatkan aku tersenyum. sekurang-kurangnya dia masih mengingati aku. cuma tak mungkin aku akan bertemu dia semula. cukuplah cerita lama itu kekal sebagai kenangan. tak perlu diungkit kembali andai kami bertemu semula. cuma aku teringin sangat nak tahu macam mana hidup dia sekarang. sudah berkahwinkah seperti yang dikhabarkannya dulu?

moga awak bahagia isz. saya sentiasa doakan awak bahagia selalu. dan moga satu hari nanti kita boleh bertemu semula. sebagai kawan.

Friday, September 17, 2010

150 juta- fynn jamal

owh tersangat la berbunga-bunga hati bila dengar lagu fynn jamal. 150 juta. mungkin agak lewat tapi yang penting sedap di telinga aku. so ape orang kesah kan? dah berkali-kali lagu ni berputar di corong telinga aku sejak tadi dan membuatkan aku kian larut dalam lirik lagu ni. bila difikirkan balik... ada ke lelaki macam dalam lagu ni? kalau ade sumpah aku cop~! girl dalam lagu ni ade la sikit-sikit perangai aku. baran dowh tapi cepat sejuk. part manja tu.. ahahhaha ex-bf aku selalu cakap aku manja. ada la 2 3 orang penah cakap aku manja. yeke aku manja? ahahhaha hanya pada mereka yang mengenali aku secara dekat. jujur aku ingin menemukan lelaki seperti itu. yang menerima aku seadanya. yang mempertahankan aku di depan rakan-rakannya tanpa malu. yang tanpa ragu mengatakan aku kekasihnya. yang memandang aku kerana melalui hatinya..

okeh cukup la aq merapu meraban kat sini. nanti lagi lama ake mengetuk keyboard ni lagi banyak madah pujangga keluar. nak cari ilham untuk cerpen baru lak ni. heheheh... salam....

Tuesday, August 24, 2010

kisah bulan dan aku

sedang asyik melihat keindahan purnama penuh di langit sambil minum seasons cincau membuatkan terlupa jalan yang berlubang maka kakiku dengan selamatnya terpelecok hingga aku jatuh terduduk di tebing longkang pos pengawal blok 13. dengan selambernya aku terus menghirup cincau sambil bertemankan purnama indah dan mengurut kaki yang sedikit terkehel selama 15 minit sebelum terhencot-hencot balik ke bilik. sekian~

Saturday, August 21, 2010

dulu dan kini


salam...

dah lama aku tak berjiwang-jiwang di sini. di alam realiti juga sudah jarang aku melayan perasaan. kekangan waktu membuatkan aku lupa pada rasa yang pernah melintas. kesibukan mengurus akademik dan libur membuatkan aku selalu lelap tanpa sempat melayan perasaan sebelum dijengah sang mimpi. namun sms yang aku terima malam semalam membuatkan aku sedikit tersentak dan sangat sentap. bekas kekasih mengatakan dia akan bertunang bulan 10 nanti dan bertanyakan bila giliran aku pula. ouch~!

macam-macam rasa yang bercampur masa aku baca sms tu dan benda tu bermain-main di kepala aku sampai la waktu sahur sebelum aku paksa diri aku untuk tidur. dia bekas kekasih tapi dia juga temanku. mungkin bagi sesetengah orang bila terputusnya tali cinta maka putuslah juga hubungan yang ada, tapi aku dan dia, alhamdulillah masih lagi berhubung dan kekal sebagai rakan. setiap kali aku perlukan bantuannya, dia akan cuba bantu. itu dia yang aku kenal. cuma bila baca sms tu buat aku teringat usikan yang pernah dilafazkan beberapa kali sebelum dan setelah aku melangkah ke hutan ilmu ini

" sekarang ni awak pergi la kejar cita-cita awak dulu. tapi kalau ditakdirkan selepas awak habis belajar awak masih belum ada yang punya dan saya juga masih kosong. saya takkan teragak-agak untuk terus hantar rombongan ke rumah awak"

herm... nampaknya seru dia sampai dulu... tapi tak tau la kenapa ayat tu macam pita asyik berulang dalam kepala aku ni. nak kata sayang... dah lama rasa itu mati. yang ada hanya sayang seorang teman. nak kata cemburu, tak pula aku rasa sakit hati. entah.. yang pasti aku mengucapkan tahniah dan bertanyakan pasal bakal tunang dia. kalau dah nama jodoh, macam-macam boleh jadi. dia pun gembira bercerita pasal bakal tunang dia cuma aku terlupa pula nak tanya siapa nama perempuan bertuah tu. namun ayat terakhir dia sebelum kami menamatkan sesi berbalas sms

" terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa sokong saya walau siapa pun perempuan yang saya kenalkan pada awak selepas awak. saya doakan semoga suatu hari nanti awak akan jumpa teman hidup yang sesuai, baik dan boleh membahagiakan awak hingga ke akhir hayat"

pergh... siapa sangka bekas teman lelaki boleh menjadi teman yang paling memahami dan mampu memberikan bait-bait penyejuk walaupun takdir tak menjanjikan mimpi lama menjadi realiti. dek kerana sms dari dia jugalah membuatkan aku menyelongkar kembali diari lama yang sememangnya jarang aku sentuh. teman sebilik mula membebel kenapa tiba-tiba aku berteleku di depan diari itu. ternyata terlalu banyak cerita yang tersimpan. aku hanya menunjukkan gambar-gambar bakal tunangan orang tu kepada teman sebilik. dia hanya memandang dan berceloteh tapi fikiranku terpusat pada satu foto lama. terlalu lama. sudah setengah dekad foto itu bersamaku. gambar yang mengheret kembali kisah yang kadangkala aku tangisi dan kadangkala aku syukuri.

cinta pertama, indah untuk dikenang, pahit untuk ditelan.

dia insan pertama yang mengusik naluri remajaku. dan dia juga insan pertama yang mengajarku untuk lebih lembut. tidak lagi bertopi dan berseluar pendek. mengajarkan baju kurung itu cantik. sungguh kadangkala aku menyesali apa yang terjadi namun kadangkala ku syukuri kerana di situ aku kenal siapa sahabatku. kali akhir aku mengetahui tentang dirinya sebelum aku menduduki STPM. sekadar sms memohon maaf andai aku pernah menyakitinya. minta dihalalkan segalanya. dan balasan darinya membuatkan aku tidak lagi mengharapkan cinta pertama. namun semester lepas seorang senior mengejutkan aku dengan berita cinta pertamaku menghubunginya dan bertanyakan aku~!

mungkin tiba-tiba namaku muncul di benaknya. mungkin juga dia teringatkan sesuatu yang pahit dalam hubungan kami. siapa tahu.. tapi berita dia mencariku membuatkan aku sangat terkejut. hampir 5 tahun dan dia mencariku semula.. herm... biar semua cerita kita tamat tanpa perlu ada kesinambungan. cukuplah sekadar aku tahu dia bahagia kini. titik.

ahh... ramadhan sememangnya membawa seribu nostalgia kepadaku. pada awal ramadhan tiba-tiba aku merindui satu suara. merindui seseorang yang tak mungkin akan mencariku semula. seseorang yang telah pergi untuk selamanya. ramadhan bersamanya terasa 'hidup' walaupun berbeza pegangan. hanya mampu tersenyum bila mengingatkannya. dek kerana dialah aku tidak pernah berasa kekok untuk melayan perasaan terhadap lelaki yang berbeza pegangan.

ya.. kali ini naluriku bergetar kembali. kerana seorang pria yang penuh karisma itu. terkedu tatkala melihat dia melintas dengan berbaju melayu. hingga saat ini susuk tubuh itu masih bermain-main dalam fikiran. dia lelaki kedua yang mampu membuatkan aku berdebar sepanjang aku di hutan ilmu ini. namun aku hanya mampu memandang dari jauh, kerana jiwa mereka sudah terisi. dan aku masih lagi belum bertemu 'khalifah sejatiku' yang akan membimbing rusuk kiri ini.



tamatlah sudah melankolik cerita sebuah daerah jiwa yang dianugerahkan naluri seorang hamba

~salam ramadhan~

11 Ramadhan 1431H
3.00 dinihari

Wednesday, August 11, 2010

sedetik kenangan

saya tak boleh hadiahkan awak surah yaasin kerana kita berbeza pegangan tapi ramadhan akan membawa seribu kenangan bersama awak kembali ke kotak memori. impian kita tak bersatu di alam realiti untuk melihat awak berpuasa berniat keranaNya. namun awak kekal sebagai ramadhan terindah untuk saya kenang sepanjang hayat l DDC

Saturday, May 8, 2010

ku himpunkan segalanya

salam... agak lama jugak aku tak jenguk blog ni. bukan xsudi tapi kekangan masa membuat aku membataskan tulisan. lebih banyak simpan dari meluahkan. ada yang bertanya "kenapa blog ko 2 da makin usang?" aku hanya mampu trsenyum tanpa kata. kini aku berada di kepualauan utara dan malam yang sunyi ini memberikan aku kesempatan untuk menulis bertemankan muzik irama korea =p bingung juga memikirkan apa yang ingin ditulis heheheh ok la aku mulakan dengan insan-insan yang berada di sekelilingku. insan-insan yang sentiasa menemani aku sepanjang bergelar anak rantau. mungkin agak lewah corak penulisanku malam ini tapi cukup menggambarkan betapa aku sekarang makin lampi~! heheheh

dia: roomate, kakak, teman, senior, ummi
bergenang air mata tatkala aku menulis tentang seorang insan yang paling aku hargai sepanjang bergelar senior tahun 2. aku tau aku kadang-kadang lepas laku dan bicara tapi dia masih di situ. disamping aku. banyak yang aku pelajari darinya terutamanya rasional dalam tiap perkara. terlalu banyak kenangan aku dengannya sampai tak mampu aku luahkan disini. cukuplah menjadi kenangan terindah dalam hidup aku. tapi sem depan aku dah tak dapat jumpa dia tiap hari dan yang pasti bila aku celik mata bukan dia lagi orang pertama yang aku nampak. masa AGM Sanggar Mas hari tu unit multimedia ada buat video pendek untuknya. aku tak mampu menahan air mata. akhirnya aku keluar dari keriuhan. tak sanggup tumpahkan air mata di depannya. ku cuba tenangkan diri dengan memandang bintang di langit. bila dia mengemas barang-barang untuk meninggalkan bumi UKM untuk selamanya, betapa sayunya aku rasakan. bila aku bertanyakan perlukan pertolongan? dia menjawap tidak perlu. study. exam. memang aku sendiri berat hati untuk menolong. takut airmata tumpah lagi. bila dia bergerak pulang bersama abahnya aku tahan airmata yang ingin tumpah. dan malam itu rakan-rakan melihat sendiri bagaimana aku kehilangan seseorang yang sentiasa bersama. nasihat yang ditinggalkan untukku akan aku ingat dalam mengharungi musim depan. terima kasih kak. terima kasih untuk segalanya.
sentiasa di hati: Nur Syazlina Sazali



dia: badan taff, mama baby boy, senior sebaya
bila dikenang balik dia la senior pertama yang aku rapat. yang ajar aku buat jahat pon dia la jugak. kenangan yang paling aku tak boleh lupa. curi daun untuk baju orang asli pesta konvo UKM. pergi cari daun kat FUU tengah-tengah malam. ijat n latep baca doa dan tepuk tanah sebelum amik daun kat FKejut. lalu one way dari FST sampai KAmin. memang keje gile tapi yang gile tu la paling aku ingat. 1st time buat jahat. sungguh dalam banyak-banyak senior dia la yang paling mudah mesra. mungkin sebab kami sebaya. sedikit emosi tapi itulah yang memberikan tawa berpanjangan. kenangan bersama dia tetap di hati. moga berjaya dalam alam pekerjaan. jangan lupa aku
sentiasa lucu: Siti Nadirah Khairuddin


mereka: mulut laser, diva terhebat, saga hitam putih, senior sebaya
agak lewat rapat dengan mereka. tahun dua baru mula bermesra. mulanya agak meluat tapi rupanya sekepala. bila jarang bertemu mula terasa rindu. mengajar aku makan megi berjemaah air tangan ummi. megi terbaik yang pernah aku rasa. ramadhan terindah bersama mereka. masak dan makan sahur yang tak mungkin dilupakan. kini mereka akan melangkah ke alam dewasa. moga kalian berjaya
sentiasa laser dan sengal: nadia sarip & hasanah syazana


dia: bakal guru, mami, gewdix
tidak banyak yang ku tahu mengenainya tapi cukup serasi bila 'meroyan' pasal mamat-mamat taff KKM. bila aku terpandang wajah seseorang, dia orang pertama yang aku ingin 'jelezkan' hehhehe jangan risau ye.. saya akan sentiasa perhatikan abang taff kite tu bagi pihak mami. nanti jangan asyik ushar anak murid handsome je taw =p
sentiasa anggun: surianti amin


selamat maju jaya dalam apa jua bidang
bila dah sampai masa makan nasi minyak jangan lupa jemput kami
insyaallah takkan sunyi nanti majlis korang =p


sedetik pertemuan
selamanya kenangan

Friday, January 29, 2010

perjalanan

hari slasa 2 mggu lepas aq dpt msg dr ayah bgtaw pak lang dah xda
aq dlm klas eko ngn prof k
ilang fokus sat dok pk nk blk ka dak
then aq decide blk!
ptg 2 jgk aq merempit ke hentian kajang ngn bj kurung
motor idham n ummi aq tmn
pergh...
seriau gk la
da lma xbwk mtr pakai bju kurung
laz aq wat cmtu msa skul dlu
titik!
blk ngn bus sri maju 10 mlm
kinah hntr huhuhu tengs~!!
ummi n techik pon follow..
rse dhargai sgt2
hik3..
bla bus mula b'gerak ja aq da psg niat
jgn tdo slagi xsmpai perak~!
coz bla smpai perak aq akn tdo n akn sedar bla bus stop kt kola perlis
but at last br stgh jam bus gerak aq da mula lali
klo boleh aq nk tdo smpai kola perlis spaya aq xkn nmpk benda2 yg aq nk lpakn
tp at last aq nmpk jgk
aq tdo 2 jam ja dlm bus
selebihnya aq byk tgk ke luar tgkp n mula mengimbau 1 persatu momen dlm hdop aq
yg pstinya memori yg satu ni pasti akn jd flashback yg plg pjg
hampir 4 taon n memori 2 sikit pon xpnh pudar
aq da b'henti b'hrp tp aq xtaw npe aq masih jdkn 'dia' sbg satu pita kenangan yg wajib aq mainkn
tiapkali aq b'sendiri
aq cma sekadar ingin taw khabar dy je skang
kali akhir aq taw dy nk b'tunang n kawen ujung taon berikutnya
1 ayat t'akhir dr dy m'buatkn aq da tak m'hrp hbngn km kembali spt dulu
msg t'akhir dr 2 pd lewat taon 2007 sblm aq stpm

akhirnya bus melewati satu papan tanda
BESERI
aq t'sentak dan kenangan 2 makin kuat menggigit memori
walaupun aq taw 'dia' da lama tinggalkn tmpt 2
tp tmpt 2 ad byk memori yg aq masih smpn smpai ari ni
aq xpnh jejak kaki ke tempat 2
tp insan yg pernah berada d stu mbuatkn tempat 2 melekat dlm otak aq
antara cinta dan persahabatan
aq pilih sahabat
tp akhirnya aq yg sakit sendiri
aq xprnh menyalahkn dy
smpai hari ni pon aq xpnh slhkn dy
aq xtaw psl pa
mungkin krn dy insan pertama mengajar aq erti cinta?
titik!

aq blk kg xsmpai 24 jam then aq blk smula ke bangi
tp ati aq xtenteram
aq xtaw knpa
siyes smpai ke saat ni ati aq xtenteram
asik pk psl dy
aq taw ad yg terasa dgn prangai aq 2 3 ari ni
jap hepy
jap moody
jap ok
jap x ok
maafkan aq

aq rsa perjalanan aq ari 2 byk m'pengaruhi aq
dan
esk aq akn lari
moga pelarian berbayarku ini
mampu memudarkn ingtn aq kt dy
amin...