Tuesday, October 19, 2010

bila diusik kenangan

dah lama aku tak berjiwang di sini ahahha tiap kali nak berjiwang mesti aku kat sini kan? bukan apa.. tak semua orang boleh terima aku jiwang so aku luahkan kat sini. kalau tak nak baca leh skip je entri ni. aku tak kesah...

dah lama nama dia tak muncul dalam kotak fikiran aku. apatah lagi dalam mimpi-mimpi aku. tapi pagi ni tiba-tiba nama dia muncul dan... aku rindukan dia... terus tangan aku mula menggunakan kemudahan google dengan sebaiknya. aku taip namanya di ruang pencarian google dan enter~ seperti biasa, tiada wajah yang ku cari. ni bukan kali pertama aku buat camni. bila aku rindu dia je aku mula google nama dia. ahahahah pathetic kan? tapi sekurang-kurangnya dapat surutkan sikit rasa rindu aku kat dia. lain orang lain cara kan?

siapa dia? ahahahah cinta pertama indah untuk dikenang pahit untuk ditelan. dia insan pertama yang buat aku menangis. kenapa aku cakap macam tu? aku dulu tak sama dengan aku sekarang. dulu bagi aku cinta tu untuk orang jiwang je. aku jiwa brutal. aku lebih selesa mandi sungai, panjat bukit, lastik burung dengan budak-budak laki. main anak patung mainan memang tak tersenarai dalam alam kanak-kanak aku. kalau main pondok-pondok pun aku jadi ayah. tu pun boleh kira berapa lama aku lepak ngan budak-budak pompuan. sampai la aku form 3. aku minat sorang mamat kelas sebelah. dalam brutal tu boleh juga aku terberkenan kat dia. masa tu aku dah kembali sikit ke fitrah asal pasal aku dok hostel. so jadi la feminin sikit. kawan aku yang satu dorm ni minat kat mamat kelas sebelah tu jugak. ditulisnya surat kat mamat tu tapi guna nama aku! sumpah sampai sekarang aku ingat lagi apa mamat tu cakap depan kawan-kawan dia. " dah la pendek, hitam pulak tu". Tuhan je tau perasaan aku masa tu. sejak tu aku tekad. lelaki semua pandang rupa! aku benci lelaki! aku potong rambut pendek. lagi pendek dari rambut kawan-kawan sekolah aku. siap bergel lagi. kadang-kadang aku pakai cap. masa tu short memang dah jadi pakaian favorite aku. tambah pula aku selalu balik rumah makcik. so parents aku tak tau aku dah berubah macam tu. tiap lelaki yang cuba dekati, aku tak layan langsung.

tapi semua tu berubah lepas aku kenal dia. aku pun dah lupa macam mana aku kenal dia. yang pasti hp adalah penghubung kami. lepas PMR aku dapat hp. aku cuma layan-layan biasa je tapi start form 4 kami mula selalu sms or call. rasa sayang berputik hanya melalui panggilan dan sms. dia lebih gemar memanggil aku dengan nama 'anis'. katanya lebih lembut. dia mengajar aku baju kurung tu cantik. rambut panjang itu manis. dan cinta itu indah. masa form 5 dia lamar aku jadi awek dia. tapi aku cakap tunggu lepas SPM. dan aku janji kat dia aku akan apply UPM supaya dekat dengan dia. tapi takdir tak siapa tahu kan? aku ingin menguji akhirnya aku yang teruji. antara sahabat dan cinta. aku kuburkan cinta demi sahabat. akhirnya aku yang sakit. aku boleh terima apa yang berlaku antara kami tak tak perlulah menunjuk-nunjuk kau memperoleh hak orang lain. bergayut di telefon dan buka loud speaker supaya seisi dorm boleh mendengar. baca sms kuat-kuat supaya seisi dorm tahu korang berhubung. aku tak pernah menangis kerana lelaki tapi air mata aku tumpah dan menjadi terlalu murah selepas tu. waktu mandi adalah saat yang aku nantikan. aku boleh menangis tanpa siapa pun tahu. hati aku sakit kerana impian aku dicantas tapi aku menangis kerana yang mencantas itu adalah orang yang aku kenal sejak darjah satu!

apa yang berlaku biar berlalu. tapi dia tetap lelaki istimewa yang pernah hadir dalam hidup aku. kerana dia aku menjadi aku yang sekarang. tiap kali aku nampak sampul surat berwarna biru, anak kucing dan mendengar lagu mungkin nanti, bila rindu dan cinta seorang teman. dia akan kembali ke sisi aku. cuma aku tak mampu tunaikan harapannya supaya aku sambung study di UPM. biar kenangan itu aku kuburkan di dasar hati dan kadangkala aku belai sebagai kenangan. aku sudah berhenti berharap untuk bersamanya sejak penghujung 2007 kerana satu ayat dari dia. cuma kadangkala dia hadir mengisi ruang kenangan. dan berita dia mencari aku tempoh hari membuatkan aku tersenyum. sekurang-kurangnya dia masih mengingati aku. cuma tak mungkin aku akan bertemu dia semula. cukuplah cerita lama itu kekal sebagai kenangan. tak perlu diungkit kembali andai kami bertemu semula. cuma aku teringin sangat nak tahu macam mana hidup dia sekarang. sudah berkahwinkah seperti yang dikhabarkannya dulu?

moga awak bahagia isz. saya sentiasa doakan awak bahagia selalu. dan moga satu hari nanti kita boleh bertemu semula. sebagai kawan.