Saturday, August 21, 2010

dulu dan kini


salam...

dah lama aku tak berjiwang-jiwang di sini. di alam realiti juga sudah jarang aku melayan perasaan. kekangan waktu membuatkan aku lupa pada rasa yang pernah melintas. kesibukan mengurus akademik dan libur membuatkan aku selalu lelap tanpa sempat melayan perasaan sebelum dijengah sang mimpi. namun sms yang aku terima malam semalam membuatkan aku sedikit tersentak dan sangat sentap. bekas kekasih mengatakan dia akan bertunang bulan 10 nanti dan bertanyakan bila giliran aku pula. ouch~!

macam-macam rasa yang bercampur masa aku baca sms tu dan benda tu bermain-main di kepala aku sampai la waktu sahur sebelum aku paksa diri aku untuk tidur. dia bekas kekasih tapi dia juga temanku. mungkin bagi sesetengah orang bila terputusnya tali cinta maka putuslah juga hubungan yang ada, tapi aku dan dia, alhamdulillah masih lagi berhubung dan kekal sebagai rakan. setiap kali aku perlukan bantuannya, dia akan cuba bantu. itu dia yang aku kenal. cuma bila baca sms tu buat aku teringat usikan yang pernah dilafazkan beberapa kali sebelum dan setelah aku melangkah ke hutan ilmu ini

" sekarang ni awak pergi la kejar cita-cita awak dulu. tapi kalau ditakdirkan selepas awak habis belajar awak masih belum ada yang punya dan saya juga masih kosong. saya takkan teragak-agak untuk terus hantar rombongan ke rumah awak"

herm... nampaknya seru dia sampai dulu... tapi tak tau la kenapa ayat tu macam pita asyik berulang dalam kepala aku ni. nak kata sayang... dah lama rasa itu mati. yang ada hanya sayang seorang teman. nak kata cemburu, tak pula aku rasa sakit hati. entah.. yang pasti aku mengucapkan tahniah dan bertanyakan pasal bakal tunang dia. kalau dah nama jodoh, macam-macam boleh jadi. dia pun gembira bercerita pasal bakal tunang dia cuma aku terlupa pula nak tanya siapa nama perempuan bertuah tu. namun ayat terakhir dia sebelum kami menamatkan sesi berbalas sms

" terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa sokong saya walau siapa pun perempuan yang saya kenalkan pada awak selepas awak. saya doakan semoga suatu hari nanti awak akan jumpa teman hidup yang sesuai, baik dan boleh membahagiakan awak hingga ke akhir hayat"

pergh... siapa sangka bekas teman lelaki boleh menjadi teman yang paling memahami dan mampu memberikan bait-bait penyejuk walaupun takdir tak menjanjikan mimpi lama menjadi realiti. dek kerana sms dari dia jugalah membuatkan aku menyelongkar kembali diari lama yang sememangnya jarang aku sentuh. teman sebilik mula membebel kenapa tiba-tiba aku berteleku di depan diari itu. ternyata terlalu banyak cerita yang tersimpan. aku hanya menunjukkan gambar-gambar bakal tunangan orang tu kepada teman sebilik. dia hanya memandang dan berceloteh tapi fikiranku terpusat pada satu foto lama. terlalu lama. sudah setengah dekad foto itu bersamaku. gambar yang mengheret kembali kisah yang kadangkala aku tangisi dan kadangkala aku syukuri.

cinta pertama, indah untuk dikenang, pahit untuk ditelan.

dia insan pertama yang mengusik naluri remajaku. dan dia juga insan pertama yang mengajarku untuk lebih lembut. tidak lagi bertopi dan berseluar pendek. mengajarkan baju kurung itu cantik. sungguh kadangkala aku menyesali apa yang terjadi namun kadangkala ku syukuri kerana di situ aku kenal siapa sahabatku. kali akhir aku mengetahui tentang dirinya sebelum aku menduduki STPM. sekadar sms memohon maaf andai aku pernah menyakitinya. minta dihalalkan segalanya. dan balasan darinya membuatkan aku tidak lagi mengharapkan cinta pertama. namun semester lepas seorang senior mengejutkan aku dengan berita cinta pertamaku menghubunginya dan bertanyakan aku~!

mungkin tiba-tiba namaku muncul di benaknya. mungkin juga dia teringatkan sesuatu yang pahit dalam hubungan kami. siapa tahu.. tapi berita dia mencariku membuatkan aku sangat terkejut. hampir 5 tahun dan dia mencariku semula.. herm... biar semua cerita kita tamat tanpa perlu ada kesinambungan. cukuplah sekadar aku tahu dia bahagia kini. titik.

ahh... ramadhan sememangnya membawa seribu nostalgia kepadaku. pada awal ramadhan tiba-tiba aku merindui satu suara. merindui seseorang yang tak mungkin akan mencariku semula. seseorang yang telah pergi untuk selamanya. ramadhan bersamanya terasa 'hidup' walaupun berbeza pegangan. hanya mampu tersenyum bila mengingatkannya. dek kerana dialah aku tidak pernah berasa kekok untuk melayan perasaan terhadap lelaki yang berbeza pegangan.

ya.. kali ini naluriku bergetar kembali. kerana seorang pria yang penuh karisma itu. terkedu tatkala melihat dia melintas dengan berbaju melayu. hingga saat ini susuk tubuh itu masih bermain-main dalam fikiran. dia lelaki kedua yang mampu membuatkan aku berdebar sepanjang aku di hutan ilmu ini. namun aku hanya mampu memandang dari jauh, kerana jiwa mereka sudah terisi. dan aku masih lagi belum bertemu 'khalifah sejatiku' yang akan membimbing rusuk kiri ini.



tamatlah sudah melankolik cerita sebuah daerah jiwa yang dianugerahkan naluri seorang hamba

~salam ramadhan~

11 Ramadhan 1431H
3.00 dinihari

No comments:

Post a Comment

sila la kumen2...