Thursday, November 11, 2010

impian seorang anak

aku berbual dengan ayah di telefon. meminta izin untuk ke kedah membantu mangsa banjir. kalau aku di sini pun hanya goyang kaki. lebih baik aku pergi. tambahan pula hati makin sarat dengan mainan perasaan. lebih baik aku menyibukkan diri. aku bertanya siapa yang meninggal dunia kerana tengah hari tadi aku berbual dengan ayah. namun tidak bisa berbicara panjang. katanya sedang mengorek liang lahad. ayah menceritakan si polan dan si polan yang meninggal. tiba-tiba dia menceritakan tentang dirinya.

" hari ni ada dua orang meninggal. yang gali lahad cuma empat orang. jadi satu lahad dua orang gali. masa ayah gali sampai dalam paras lutut ayah rasa lain macam. ayah duduk kejap. lepas tu kawan ayah tarik naik atas tebing lahad. depa kata muka ayah dah lain. nasib baik depa tarik cepat. kalau tak jadi tiga liang lahad la hari ni. lepas tu ayah tido jap kat koridor masjid. hari tu pun jadi macam tu jugak. masa kenduri rumah mak yah. ayah tangkap ayam lepas tu mak yah cakap muka ayah dah lain sangat. ayah nak pi check kat doktor la esok. rasanya tekanan darah rendah kot"

masa tu Tuhan je yang tau perasaan aku. air mata dah bergenang tapi aku tetap kawal suara aku. aku pesan macam-macam. ayah jangan kerja kuat. tak payah la wat kerja berat-berat macam tu lagi. makan sayur banyak-banyak. makan buah banyak-banyak. macam aku pesan tapi aku sendiri sedar. ayah kerja kuat untuk aku!

sumpah aku rasa bersalah sangat. sekarang cuma ada seringgit dalam tangan tapi aku tak berani nak mintak duit lagi kat ayah. mak selalu pesan jangan duit habis langsung baru nak mintak duit. ayah bukan boleh masuk duit time tu jugak. tapi macam mana aku nak mintak duit? benda yang paling susah nak cakap kat family ialah aku dah takda duit kat sini. tiap kali aku mintak duit, muka ayah terbayang-bayang kat mata aku. aku rasa bersalah sangat kat ayah sebab mintak duit kat dia.

aku penah tengok ayah sakit terlentang depan mata aku sendiri. benda tu jadi masa aku form 3 tapi aku ingat sampai sekarang. aku taknak ayah sakit lagi. ayah la orang yang paling aku sayang dalam dunia ni. aku lagi rapat dengan ayah berbanding mak aku. takda orang yang boleh ganti ayah aku. aku pernah tengok ayah menangis depan aku. air mata ayah cuma tumpah depan mata aku. aku taknak ayah menangis kerana aku!

apa yang aku rasa sekarang, aku nak cepat-cepat habis belajar. aku nak kerja tinggi-tinggi. aku nak gaji yang tingi-tinggi. aku taknak ayah kerja lagi. biar la ayah cuma ulang alik ke masjid ja. tolong kafankan jenazah bila ada kematian sebab itu memang minat ayah. aku nak cari duit banyak-banyak. aku nak bagi family aku senang. biar mak ayah aku tak dipandang rendah lagi hanya kerana harta dunia. biar la orang nak cakap aku materialistik sebab gila duit asalkan aku mampu buat family aku happy. 22 tahun aku hidup mendengar segala umpatan dan kejian terhadap keluarga aku hanya kerana harta dunia. biar kali ni aku buka mata mereka semua. aku mampu hantar mak ayah aku pergi haji dengan duit aku sendiri. aku mampu bawa family aku pergi holiday luar negara. aku nak belikan ayah kereta idaman dia. aku nak bagi apa saja yang mak aku impikan selama ni. aku nak bahagiakan mak ayah aku!

seorang teman mengatakan aku banyak menyimpan cerita. ini kali pertama aku bersuara tentang family aku. kerana aku dah tak sanggup simpan semua ni. aku ketawa depan teman-teman. aku tahan air mata depan mereka kerana bagi aku, watak yang perlu aku pertontonkan adalah senyuman dan gurau tawa yang mampu membuatkan orang lain happy. segala duka dan air mata aku biar aku simpan tapi akhirnya blog bisu ini juga menjadi pendengar. dan malam ini benar-benar menguji aku. air mata tak henti mengalir. wajah ayah terbayang di mata.

ayah... cek sayang ayah. ayah jangan sakit lagi na..? ayah...

1 comment:

  1. intan..
    may He granted all ur wishes darl!
    for now, hargai ayah hang selagi hayat dy ada.spend masa quality dengan dy :)

    ReplyDelete

sila la kumen2...