Friday, August 28, 2009

suatu catatan

jumaat
8.33 pagi
bilik senior

aq xtaw nape aq xtdo lg. padahal lepas sahur td mata aq da xleh angkat sgt. aq bukak laman sosial yg aq ada. 5 yg aktif drpd 7! sekadar melihat kalau ad menarik. lalu aq t'gerak ati utk view profile sorg rakan yg aq anggap istimewa. bkn krn hati tp krna dy m'punyai cerita hidupnya t'sendiri. aq klik laman blognya. maka t'pampanglah segala yg ad. pelbagai pautan dan aq mula meneroka pelbagai tulisan maya dr pelbagai aspek. tiap org punya pandangan t'sendiri dan aku akui... pandangan itu walau kadangkala sinis tp ada benarnya. dan aq akhirnya t'paku pada 1 tulisan maya. lebih kpd rantaian cerjang maya. suatu penulisan yg aq boleh katakan tahap A+. cerjang yg sgt saiko! aq bc penuh penghayatan walaupun unsur saspen sentiasa m'bayangi penulisannya. aq berikan 2 ibu jari tanda aq amat b'puas hati dgn ceritanya. sgt saiko! aq selusuri lg penulisan maya yg b'sangkutan dan aq t'henti lg d 1 laman. 15 malaysia. satu laman yg aq kira cuba m'ekspresikan wajah sebenar bumi MALAYSIA. aq b'puas hati juga dgn laman itu. t'nyata tidak rugi aq m'bedah blog rakan istimewaku ini krn punya pautan yg m'buat aq m'buka mata seluasnya tatkala matahari masih belum mahu m'jengahkan cahayanya krn sang awan masih memuntahkan titisan h2o nya.

untuk apa aq menulis d cni?

sbnrnya jiwa aq agak t'ganggu akhir2 ni. pelbagai dugaaan tp aq masih spt yg org lain nampak secara lahiriah. tiada masalah & sentiasa ceria! hakikatnya? hanya sorg teman m'jd tempat aq b'cerita. tatkala aq memerlukan seseorg yg jauh dr dunia kampusku. teman yg jauh nun d utara m'jadi pendengar setia & penenang tatkala aq benar2 serabut! terima kasih chekgu pesal!

t'lalu byk yg b'main d fikiran hgga aq sendiri tidak tahu yg mna perlu diluahkn dahulu.
- tugas & tanggungjwb sbg sorg mahasiswi menuntut komitmen yg tggi sdgkn aq seringkali alpa & lalai krn m'utamakn perihal yg lebih b'sifat peribadi
- tugas yg diamanahkn sblm aq b'gelar mahasiswi tahun 2 bnr2 menguji kesabaran & ketahanan nental & fizikalku~ antara tuntutan profesionalisme & persahabatan~ lalu aq t'sepit d celah keributan
- kawan, teman, rakan, sahabat~ membawa pengertian b'beda bg sesetengah insan t'masuk aq. kemelut yg melanda kadangkala m'buat aq letih utk m'bicarakn tentangnya apatah lagi memikirkan soal yg aq anggap telah selesai
- jasadku masih berada d hutan ilmu sdgkan rohku seringkali melayang ke kepulauan utara & b'manja b'sama keluarga & teman yg tidak mengerti sepak terajang aq spnjg d perantauan~ kadangkala aq ingin lari dr keributan persahabatan yg kdg2 m'gugah kasih sesama teman
- dan lelaki2 yg pernah hadir mengisi hati kadangkala muncul d minda mahupun d alam maya & mengusik naluri halusku utk m'buai kenangan~ akhirnya ku temui 1 wajah plastik yg m'buatkan jemari mula b'bisik pada punat laptop utk meluahkan apa yg ku rasa di penulisan maya tetapku--->

lelaki.dan.permintaan

hari ini kau kata kau chenta
aku bilang nanti
fikir dulu
seminggu kemudian
kau bilang padaku
kau sudah punya pacar
jadi
untuk apa kau bertanyakan aku?
lelaki
dijadikan Tuhan
manis bicaranya
mujur aku masih waras
tatkala dibuai keindahan
lalu ku putuskan
kau tidak pantas untukku
kerana sabar tidak bersamamu
hanya jiwa kosongmu
menjerit perlukan teman
dan
aku bukan orangnya
walau sekadar
pelepas sepimu

[ suatu catatan tatkala wajahnya menjelma bersama bait2 yg buat aq t'tnya sendiri-
apakah masih wujud lelaki yg ikhlas meminta dari sudut hatinya yg paling dalam? ]

- namun yg kurasakn berat m'hentam kpla kini adalah--->

tentang.sesuatu

teman
rakan
kawan
sahabat
punya makna t'sendiri
dan
putaran waktu m'jadikan ia
suatu ikatan
yang kadangkala
dihargai
dan kadangkala
dipinggirkan
aku kini sendiri keliru
siapa temanku?
siapa rakanku?
siapa kawanku?
siapa sahabatku?
kadang-kadang ku rasakan
aku punya teman
kadang-kadang aku teraba-raba
di mana rakanku?
akhirnya aku terdiam
adakah mereka itu kawanku?
ya!
mereka sahabatku!
tapi...
mengapa kadangkala hambar
kadangkala manis?


setelah b'tafakur sebentar. merenung kekhilafan diri akhirnya aq putuskan...

"DAHULUKAN APA YANG SEPATUTNYA DIDAHULUKAN DAN YANG LAIN-LAIN BIAR TAKDIR YANG MENENTUKAN KERANA PASTI 'DIA' SEDANG MENGATURKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKKU"


p/s: aq taw ko akn bc entri aq ni. ini hnya luahan & aq x pernah menyalahkn sesiapa


atas lantai
jauh dr teratak sepi
9.15 am
penghulu segala hari

No comments:

Post a Comment

sila la kumen2...